Ulama Terkemuka Rohingya Ditembak Mati Tentara Myanmar

Eramuslim.com -Seorang ulama’ terkemuka Rohingya mati dibunuh tentera Myanmar hari Jum’at (8/9/2017).

Ulama’ berkenaan, Sheikh Faizul Islam ditembak mati bersama lima anak muridnya termasuk dua orang wanita.

Berita sedih itu disampaikan oleh penceramah Malaysia, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani melalui laman Facebook beliau hari Jum’at kemarin.

“Baru menerima khabar duka, Syeikh Faizul Islam, ulamak besar di bumi Rohingya baru sahaja dibunuh bersama pengikutnya oleh Junta regim Myanmar,” tulis beliau.

Ustaz Ahmad Dusuki turut menyelar keganasan yang berlaku terhadap kaum Rohingya di Myanmar dan berharap agar pembunuhan besar-besaran itu dapat dihentikan dengan segera.

Semoga Allah SWT merahmati Sheikh Faizul Islam dan mereka yang terkorban.

Al-Fatihah… [kl]

Sumber: Terengganu Times