Palestina…, Refleksi dari Malaysia

Palestina..., Refleksi dari Malaysia

Tentera Zionis Israel, seolah-olah yakin, mereka akan meneruskan penjajahan keatas Tebing Barat dan Semenanajung Gaza selamanya !!

Tindakan mereka sehingga ke saat berita ini ditulis menunjukkan mereka tenggelam dengan ingauan dan mimpi mereka.

Keyakinan mereka sama seperti keyakinan sebahagian besar dari umat Islam ketika ini. Mereka terus mengganas, dan kita terus menonton atau kita tidak ambil kisah langsung, lalu membiarkan saja apa-apa pun berlaku..

Diam tanda setuju. !!

Cuba tanya diri kita, apakah hari ni kita sudah doakan kejayaan dan kesabaran saudara-saudara kita di Palestin.. dan juga di tempat-tempat lain ??

Tahukah anda semalam sepasukan tentera yahudi yang sedang bertugas di check point sekitar Jenin, memukul hingga parah 8 warga Palestin kerana mereka enggan mematuhi arahan “pemeriksaan telanjang”. Mereka adalah antara ribuan warga sah Palestin yang terpaksa beratur berjam-jam, setiap hari untuk bergerak di beberapa sektor di Tebing Barat hanya untuk bekerja, mencari rezki untuk meneruskan kehidupan mereka. Keengganan melepaskan pakaian (berbogel) ketika diperiksa, demi kemuliaan menjadi sebab mereka dipukul dan dinafikan hak bergerak.

Sewaktu berita ini ditulis, bilangan anak-anak bawah umur yang ditangkap pada tahun ini sehingga akhir Mei adalah 783 orang.

Jumlah yang ditahan pada tahun 2008 adalah sebanyak 3833 . Dan pada tahun 2011 yang lalu berjumlah 2301 orang. Mereka ditangkap dari kawasan perumahan atau dari sekolah dan diangkut ke tempat interogasi sambil tangan diikat dan mata mereka di tutup. Mereka dipaksa mengakui pertuduhan semasa ditangkap atau menghadapi tindakan pelecehan sexual.

Demikian didedahkan oleh petugas dari Gerakan Pembelaan Dunia untuk Anak-anak Palestin, Gerarld Harton. Beliau menegaskan bahawa anak-anak sekecil 13 yang ditawan, mengalami penyiksaan yang sangat menggerikan malah mengalami ancaman serangan sexual. Bumi waqaf milik seluruh umat Islam ini sedang menunggu umatnya bangun untuk dibebaskan.

Apa yang mampu kita buat ?

Nanti jawapannya ada diakhir kolum…

Empat hari lepas di Khan Younis, Selatan Gaza di permukiman Khuzaah sepasukan 30 orang tentera zionis lengkap bersenjata dengan 1 unit kereta kebal dan 4 unit buldozer meratakan 20 pokok zaitun yang berumur 25 tahun, membakar ladang gandum yang menunggu untuk dituai hasilnya dan merosakkan ternakan lebah yang dimiliki oleh petani. Serangan itu juga meratakan sebuah rumah milik petani tersebut.

Walaupun Gaza sedang dalam blokade dengan kehidupan yang amat terbatas, tentera zionis dari masa ke semasa akan sesuka hati menyerang dan memasuki kawasan berdekatan tembok pemisah. Kejadian ini berulang beberapa kali sejak tiga minggu yang lepas..

Ya, apakah mereka semakin yakin dengan “perlindungan” yang meningkat atau mereka tengelam dengan mimpi semata ?

Fenomena yang sedang berlaku dan pertarungan sengit yang sedang berlansung di Mesir, jiran terdekat Palestin sangat mempengaruhi bangun dan jatuhnya rejim zionis dan negara haram yahudi ini. Apa peduli kita dengan keputusan presiden Mesir ?

Hosni Mubarak adalah anjing penjaga rejim paling berkesan untuk memastikan negara haran yahudi ini terus ujud. Pertarungan yang sedang berlaku dalam undian antara Morshi, dari partai yang mewakili Ikhwan Muslimin dan lawannya Syafiq, bekas tentera laut dan Perdana Menteri pilihan rejim Mubarak yang telah digulingkan. Pelbagai pihak mengatakan keputusan rasmi tidak akan diumumkan sehingga 27 Julai ini. Ada yang mengatakan tiada banyak perubahan akan berlaku sebab tentera telah membubarkan parlimen dan perlembagaan baru akan di bentuk oleh tentera. Biar siapapun yang menang, tentera dengan rejim lamanya masih berkuasa. Mereka sedang memainkan peranan mereka dengan “bijak”.

Tentera dan rejim lama disokong kuat oleh Amerika dan rejim zionis hari ni. Bagi zionis, inilah yang akan memanjangkan umur negara haram israel.

Zionis mencari banyak alasan dan cara untuk survivalnya. Apa pula peranan anda ?

Paling kurang anda ada Allah, pihak yang Paling Gagah, Paling Berautoriti. Berdoalah padaNya. Hajat antum yang ikhlas dan bersungguh-sungguh adalah senjata bagi mereka yang sedang berjuang.

Jangan sia-siakan masa yang sedang berlalu. Allah telah menjanjikan kemenangan kita ke atas yahudi laknatullah. Rugilah kita tidak bersiapkan diri bersama orang yang dijanjikan. Ingat, anak remaja, ayah tua dan wanita Palestin sedang kesakitan dan keletihan mempertahankan tanah waqaf kita.

Selamat berjuang !!

Haleem Hassan.–Malaysia , HALUAN