free hit counters
 

Al-Ustaz Sa’id Ramadhan bukan Syaikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti

Redaksi – Sabtu, 8 Zulqa'dah 1442 H / 19 Juni 2021 19:30 WIB

Sa’id Ramadhan pada zaman mudanya

Nota an-Nadwi

As-Sayyid Abul Hasan an-Nadwi melalui kitabnya, Muzakkirat Saih fi as-Syarq al-‘Arabi menceritakan tentang kehebatan al-Ustaz Sa’id Ramadhan rahimahullah.

Setelah mengetahui bencana dahsyat yg melanda dunia Arab ketika itu, pengarang menyusun pertemuannya dengan tokoh-tokoh pejuang di sana khususnya Sa’id Ramadhan.

Beliau suarakan hasratnya itu melalui al-Ustaz Soleh ‘Ashmawi. Antara yg hadir sama dalam pertemuan itu ialah Syaikh Yusuf al-Qaradhawi, Muhammad ad-Damardash dan al-Mustasyar Abdullah al-‘Aqil.



Pada petang esoknya, pengarang menghadiri syarahan Sa’id Ramadhan di Dewan Abdul Hamid Sa’id di Dar as-Syubban al-Muslimin di Kaherah. Syarahannya memakan masa 2 jam.

Kehadiran sungguh membanggakan. Syarahan itu sesekali diselang seli dengan laungan takbir dan tahmid oleh audien yg hadir. Pada hari perbicaraannya di mahkamah iaitu 4 Februari 1951, mahkamah telah berubah menjadi dewan syarahannya.

Beliau berbicara dengan bersemangat. Suasana mahkamah berubah menjadi suasana masjid. Mereka yg hadir menitiskan air mata mendengar kalamnya yg menusuk hati, mendengar satu demi satu ayat al-Quran dan Hadith yg dilafazkannya.

Kata pengarang, “Kami keluar dari mahkamah dalam keadaan terharu dengan apa yg kami lihat dan apa yg kami dengar.”

← Halaman sebelumnya Halaman selanjutnya →

Halaman 1 2 3 4

Dunia Islam Terbaru